Pabila lapar memakan laksa,
Hantar sepinggan ke rumah Hidayati;
Janganlah mudah berputus asa,
Kuatkan usaha kekal di hati.
Rehat setelah penat berlari,
Adik bermain biji saga;
Buat baik sesama sendiri,
Hidup bahagia aman sentosa.
Cakaplah semua kepada kawanku,
Sentiasa ingat ajaran guru;
Kerana guru mencurahkan ilmu,
Supaya cerah masa hadapanmu.
Apabila haus meminum laici,
Laici yang manis sudahlah tua;
Orang miskin jangan dicaci,
Bersopan santunlah pada semua.
Pohon sena di pantai sana,
Ada juga pohon rumbia;
Kita bersopan lambang budi bahasa,
Jangan biadap dengan ibu bapa.
Bermandi-manda di dalam lombong,
Sejuk sekali tidak terasa;
Kalau mahu hidup disanjung,
Hendaklah mulia berbudi bahasa.
Aku manusia engkau siapa,
Buah rambutan di dalam raga;
Jikalau berjaya janganlah dilupa,
Kepada orang tua dan juga keluarga.
Pagi-pagi memasang lukah,
Lukah berisi ikan seluang;
Jangan suka bersikap megah,
Nanti kawan semua menghilang.
Dengarlah kawan aku berpesan,
Janganlah lupa ilmu pelajaran;
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk keperluan di masa hadapan.
Orang berpengalaman selalu pesan,
Jangan main di waktu malam;
Oleh kerana kurang pedoman,
Banyaklah insan yang telah karam.
Harimau adalah di kalangan binatang,
Tinggal di hutan tanahnya lapang;
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.
Sungguh ramai para tetamu,
Singgah berehat cuaca redup;
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
Ilmu dicari bekalan hidup.
Pak Jamil mengikat kelapa,
Tali yang panjang dikerat-kerat;
Dengarlah nasihat ibu dan bapa,
Agar selamat dunia akhirat.
Pergi ke pantai mencari siput,
Siput diletak di dalam baldi;
Janganlah kita bersifat kedekut,
Nanti kita yang akan rugi.
Hendak berlayar ke Pulau Betung,
Sambil mencuba melabuh pukat;
Rajin belajar hidup beruntung,
Rajin berusaha mendapat berkat.
Pokok semalu tumbuh merata,
Di bawa mudik ke hujung hulu;
Fikir dahulu sebelum berkata,
Agar kita tidak dapat malu.
Bancuh simen dengan air,
Kerana hendak membuat bangsal;
Waktu yang ada jangan membazir,
Apabila susah baru menyesal.
Pergi ke kedai membeli tali,
Tali dimasuk ke dalam peti;
Padang Kemunting indah sekali,
Bila memandang sejuknya hati.
Nenek Nyonya menjual jamu,
Khasiat baik rasanya sedap;
Setiap hari menabur ilmu,
Penat dan lelah tidak terkira.
Pokok kelapa ditanam berjajar,.
Kelapa ditanam di cerun landai;
Barang siapa rajin belajar,
Tentu dia menjadi pandai.
Asal kapas menjadi benang,
Benang dibawa ke Indera Jaya;
Orang rajin hidupnya senang,
Apa yang dibuat pasti berjaya.
Sirih junjung di dalam paya,
Tersusun indah memikat hati;
Andai hidup rajin berusaha,
Hidup mewah murah rezeki.
Hujan lebat kilat menyambar,
Menjelma pula ribut dan taufan;
Barang siapa tekun dan sabar,
Apa dihajat akan dikurniai Tuhan.
Pelamin biasa sarat ceria,
Masa bertemu mara laju;
Pemimpin berjasa rakyat setia,
Bangsa berilmu negara maju.
Kawan Sarah nama Adila,
Lain kampung satu sekolah;
Parameswara pengasas Melaka,
Pantang kalau menyerah kalah.
Mak Limah menampi padi,
Menampi padi dengan gembira;
Melaka bersejarah nama diberi,
Mencipta nama negeri perkasa.
Pak Ali ke Alor Gajah,
Singgah sebentar ke rumah Pak Hassan;
Keindahan Melaka jangan disanggah,
Teknologi maklumat dilupa jangan.
Pak Rahim mengopek kelapa,
Cik Tijah membuat batas;
Hang Tuah wira Melaka,
Melawan musuh dengan pantas.
Biskut lemak di atas para,
Diambil oleh Si Adik Nani;
Melaka sudah kian dewasa,
Negeri makmur aman sekali.
Enak sungguh makan capati,
Di tepi kedai menjamu selera;
Hasrat ibu ayah teguh dihati,
Membela nasib keluarga tercinta.
Lemak tidak manis pun tidak,
Gula Melaka dari seberang;
Berayah tidak beribu pun tidak,
Jika budi dikenang orang.
Dari Sarawak pergi ke Sabah,
Negeri Sabah di bawah bayu;
Negeri Sabah banyak pelancong,
Terkenal dengan Kota Kinabalu.
Pohon saga rata dikenal,
Merah membawa erti berjaya,
Proton Saga kereta nasional,
Dasar negara telah terlaksana.
Berjalan-jalan di Kuala Pilah,
Sempat berhenti di Kuala Kubu,
Tidak belajar bersungguh sungguh,
Masa tidak akan menunggu.
Kabus menutupi puncak gunung,
Berjuta bintang memagari bulan,
Marilah kita rajin menabung,
Untuk menggunakan di masa hadapan,
Pergi kerumah Ali di Taman Permai,
Singgah ke kedai membeli rambai;
Negeri bersih,aman,dan damai,
Menjadi tumpuan orang ramai.
Hari siang matahari terang,
Duduk bersantai di atas tangga;
Mahu ibu tersenyum girang;
Biar ayah ketawa bangga.
Buah jambu masaknya merah,
Mari dipetik untuk dirasa;
Saya sayang ibu dan ayah,
Mendidik saya sepanjang masa.
Banjir melanda kawasan rendah,
Tanpa berlengah segera berpindah;
Duri dan ranjau teguh di hati,
Tidak gentar walau kaki berdarah.
Merdu suara unggas di rimba,
Begitu indah suria pagi;
Janganlah kita membuang masa,
Kerugian akan menimpa kita.
Lukisan cantik menghiasi dinding,
Mata terpegun hati berangan;
Hendak berjaya di menara gading,
Menggenggam ijazah erat ditangan.
Pergi kelaut buat kerja sekolah,
Membuat kerja duduk di bawah pakok;
Kalau kita pergi ke sekolah,
Janganlah kita asyik merokok.
Sungguh cantik burung kenari,
Berdada kuning berparuh perang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
Sungguh cantik negeri Melaka,
Ramai peancong pergi berkunjung;
Kalau kita berbudi bahasa,
Pasti ramai lagi pengunjung.
Kalau pergi ke rumah Pak Dollah,
Singgah ke kedai membeli gula;
Jauhi diri daripada dadah,
Kerana kita harapan negara.
Anak cicak terenang-renang,
Entah berjari entahkan tidak;
Anak orang jangan dikenang,
Entah dia hendak entahkan tidak.
Buah bacang buah kuini,
Letak saja di atas meja;
Tidak dapat tahun ini,
Tahun depan ambil saja.
Jangan ambil dan juga cuba,
Sayngilah ibu dan bapa kita;
Katakan tidak pada ia,
Kerana ia musuh negara.
Cerita jenaka belum habis,
Tukang bicara berbaju lusuh;
Kalau mahu hidup selamat,
Jangan suka mencari musuh.
Pakaian kemas nampak lawa,
Apabila bertugas sedia berkhidmat;
Semangat waja pendam di hati,
Mencipta jaya menjadi matlamat.
Indah bersinar perintan cantik,
Nampak berseri kilau cahaya;
Bercakap benar amalan baik,
Itulah tanda orang mulia.
Buah berangan di dalam kota,
Buat santapan tuan puteri;
Kalau kita suka mengata,
Nanti ditimpa diri sendiri.
Anak merak di kampung Cina,
Mencari makanan di kelapa titi;
Emas dan perak harta dunia,
Budi yang baik dibawa mati.
Selepas bersawah pergi ke pekan,
Singgah di kuala membeli gula;
Hidup berbudi diberkati Tuhan,
Aman sejahtera sepanjang masa.
Bunga mangga sedang berputik,
Nampak dari pohon serasa;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.
Pergi ke kebun menanam ubi,
Ubi ditanam di tepi paya;
Kita hidup mesti berbudi,
Supaya kita dipandang mulia.